Arsip Blog

Diberdayakan oleh Blogger.

Arsip Blog

Panduan Membuat Blog Gratis

Info Pendidikan

Julak Ngeblog

Rabu, 14 Januari 2015

 Foto kredit murai.com.

Konstabel Mohd Fauzi Mohd Nor memberitahu Mahkamah Majistret Ampang, Rozana semalam mengalami kecederaan di muka, hidung dan tangan ketika gambarnya diambil di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya pada 14 Jun tahun lalu.

Menerusi laporan Mstar Online, Mohd Fauzi memberitahu Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman dia telah merakamkan tujuh gambar wanita berkenaan daripada pelbagai sudut seperti gambar keseluruhan, separuh besar, bahagian hidung, tangan kiri dan kanan.

"Gambar berkenaan saya tandakan dengan huruf A hingga G sebelum dimasukkan ke dalam kompak disk untuk dicuci serta diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk disimpan dalam peti berkunci," katanya dalam perbicaraan semalam.

Mohd Fauzi merupakan saksi pertama berkata demikian ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes terhadap tertuduh, penyanyi Awie yang menghadapi tuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rozana pada 2 Jun lalu.

Pendakwaan terhadapnya dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaaan.

Sementara itu, saksi kedua, seorang juruanalisa di Seksyen Audio Makmal Forensik, Inspektor Latifah Abdul Aziz dalam keterangannya berkata, dia menerima empat bahan kes untuk dianalisa iaitu pemacu simpanan, telefon bimbit jenama Samsung berwarna kelabu dan hitam serta telefon bimbit Blackberry.

“Saya diarahkan menganalisa pemacu simpanan yang terdapat imej suspek dan pengadu yang sedang keluar dan masuk di sebuah bank selain imej di kaunter seorang lelaki berambut panjang dan seorang wanita yang sedang menutup mulut.

“Namun akibat resolusi tempat kejadian yang rendah, imej yang dipaparkan adalah kabur dan imej suspek dan pengadu tidak nampak keseluruhan.

“Analisa ke atas telefon bimbit jenama Samsung berwarna kelabu pula melibatkan imej seorang wanita yang mengalami kecederaan dan lebam di muka dan saya tidak menjumpai imej tersebut.

“Bagaimana pun saya menjumpai gambar seorang wanita yang mengalami kecederaan selepas melakukan analisa ke atas telefon bimbit jenama Samsung berwarna hitam serta telefon bimbit Blackberry,” katanya.

Perbicaraan bersambung pada Rabu dan Rozana akan dipanggil sebagai saksi.

Awie turut hadir pada prosiding berkenaan dan diwakili peguam Hazman Harun dan Aimizaizul Amran.

Rozana bagaimanapun tidak hadir kerana berada di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Mengikut pertuduhan, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rozana pada 2 Jun lalu kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang di sini.

Awie dan Rozana, 36, dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005.

Awie sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Arni Nazira pada Disember 1998 sebelum bercerai pada Oktober 2006.murai.com.

EmoticonEmoticon