Arsip Blog

Diberdayakan oleh Blogger.

Arsip Blog

Panduan Membuat Blog Gratis

Info Pendidikan

Julak Ngeblog

Senin, 19 Januari 2015

Kredit foto murai.com.

Ketua Juri #AJL29 dan komposer lagu Azmeer sekeras-kerasnya menafikan keputusan untuk menentukan juara kali ini adalah berat sebelah dan tuduhan itu umpama tidak masuk akal.

Keputusan dibuat berdasarkan kepada semua aspek termasuk kualiti lagu, lirik, susunan muzik serta rakaman lagu tersebut.

“Kemenangan Apa Khabar nyanyian SonaOne dan Joe Flizzow ini merupakan lagu rap yang berbeza dengan lagu-lagu rap sebelum ini.”

“Gabungan vokal, rap, dan lirik lagunya berada di kelas tersendiri serta mempunyai penghayatan yang cukup mantap. Rakaman lagu Apa Khabar dalam album adalah amat teratur dan ‘superb’ kerana saya dapat dengar instrumen muzik lagunya adalah terusun berbanding dengan lagu lain,” kata Azmeer kepada portal Murai.com.my

Azmeer yang ditemui wartawan di Majlis Sidang Media Anugerah Juara Lagu 29 di Stadium Putra Bukit Jalil turut menafikan keputusan untuk menentukan juara telah terancang, hasil perbincangan dengan pihak penganjur.

“Terus terang saya cakap, saya pun berani bersumpah untuk menentukan Juara AJL tidak ada sebarang perbincangan dengan pihak TV3 untuk tetapkan siapa yang menang.”

“Kalau ada perbincangan sedemikian rupa buat apa kita adakan pertandingan ini, baik tak payah buat. Saya pun komposer lagu-lagu balada bertindak adil kepada semua genre lagu, tak baik tutup rezeki orang kalau itu sudah ketentuannya,” tegas Azmeer.

Dalam pada itu, secara keseluruhan Azmeer berpuas hati dengan ke semua persembahan finalis AJL29, dan berharap kemenangan lagu rap kali ini memberi suntikan semangat serta pencetus kepada penggiat muzik tersebut untuk hasilkan lagu yang lebih berkualiti di masa akan datang.murai.com.

EmoticonEmoticon