Kredit foto murai.com.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rumahtangga yang didirikan oleh pasangan pelakon Zamarul Hisham dan Diana Rafar sering diberitakan mengalami masalah tetapi ia tetap bertahan sehinggalah ke titik penamatnya yang berlaku hari ini.
Walaupun seringkali menepis dakwaan rumah tangga yang dikurniakan anak lelaki bernama Kashfi Haikal berusia lima tahun itu bermasalah, namun Diana tidak mampu mempertahankan lagi ikatan perkahwinan itu.
Kehidupan bersama yang dilalui sejak Mei 2009 bakal ditamatkan dan bermula episod baru dalam kehidupan mereka setelah Diana mengesahkan sudah memfailkan cerai kira-kira jam 1 petang tadi di sebuah mahkamah di Shah Alam.
Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian Online, Diana enggan mengulas lanjut mengenai punca kedua mereka akhirnya memilih keputusan untuk berpisah.
"Ya, saya sudah memfailkan perceraian sekitar jam 1 tengah hari tadi. Bagaimanapun saya tidak mahu mengulas lanjut punca perpisahan kami lagi buat masa ini. Saya reda dengan apa yang terjadi," ujar Diana ringkas.
Dramatis yang datang daripada keluarga yang berlatarbelakangkan dunia seni ini turut berkongsi mengenai penghijrahan yang berlaku dalam dirinya dan mengaku sudah mengenakan tudung sejak 23 Disember lalu.
"Saya bermula dengan mengenakan selendang dan rasa yakin diri untuk keluar rumah. Keesokan harinya, saya tanggalkan kembali selendang itu jadi janggal.
“Kemudian saya nekad mengambil tudung. Saya sedar kebahagiaan yang ditarik itu diganti dengan cara sebegini," tambahnya.murai.com.

EmoticonEmoticon