Arsip Blog

Diberdayakan oleh Blogger.

Arsip Blog

Panduan Membuat Blog Gratis

Info Pendidikan

Julak Ngeblog

Minggu, 01 Februari 2015

Kredit foto murai.com.

Pada hari Jumaat lalu Murai Batu ada ternampak di dalam Facebook pengakuan seorang teman rapat kepada vokalis Slam, Zamani yang sebelum ini ditangkap kerana kesalahan memiliki dadah.

Ketua kumpulan dan juga pengasas kugiran Slam iaitu Shah Slam telah mendedahkan sedikit sikap dan rahsia peribadi vokalis Slam tersebut.

Shah atau nama sebenarnya Shah Nizam bin Abdul Halim mendedahkan di dalam media sosial dan perkara ini telah mendapat perhatian serta reaksi positif daripada pengikut dan peminat kumpulan yang merupakan fenomena satu ketika dulu.

Bagi Shah Slam, masyarakat dan umum hanya mengetahui satu perangai buruk Zamani, namun ramai yang tidak tahu betapa banyaknya sikap yang baik dari Zamani dan ia melebihi daripada kesalahan yang dibuatnya itu.

Di zaman kegemilangan, Zamani sememangnya popular dengan sikap rendah diri dan amat pemalu. Murai Batu ada juga terdengar pelbagai cerita tentang dia sebenarnya. Ada yang cakap Zamani pakai kaca mata hitam kerana ingin mengurangkan rasa malu dan gemuruhnya bila berada di atas pentas.

Zamani juga merupakan seorang penyanyi yang tidak pernah meninggi diri walaupun dia sebenarnya tergolong dalam kelompok vokalis terbaik di Malaysia daripada dahulu sehingga kini.

Shah juga berkata ketika di awal kemunculan, oleh kerana Zamani mempunyai sifat malu yang cukup tinggi, dia terpaksa belajar beraksi di pentas dengan Shah. Walaupun Murai Batu tidak pernah berbual atau berbicara dengan Zamani tetapi Murai Batu dapat rasakan dia seorang yang tidak akan mencari masalah dengan orang.

Pasti ada yang tidak suka atau tidak senang dengan kehidupan Zamani sehingga ingin merosakkan reputasinya. Apa pun Murai Batu ucapkan syabas kepada peminat Slam kerana berada di belakang vokalis kesayangan anda itu ketika dia melalui waktu yang sukar dalam hidupnya.murai.com.
 
EmoticonEmoticon