Arsip Blog

Diberdayakan oleh Blogger.

Arsip Blog

Panduan Membuat Blog Gratis

Info Pendidikan

Julak Ngeblog

Minggu, 28 Desember 2014

Tiga kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan belayar malam ini untuk menyertai operasi mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiga kapal tersebut ialah KD Pahang, KD Lekir dan KD Lekiu yang turut membawa helikopter Fennec.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pula akan menggunakan pesawat C130 untuk membantu Indonesia dalam operasi mencari dan menyelamat itu.

Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga bersedia untuk memberi apa jua bantuan yang diperlukan Indonesia dalam misi tersebut.

Hishammuddin dalam kenyataan berkata, beliau telah berhubung dengan Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu dan memaklumkan bahawa Malaysia bersedia untuk memberi bantuan jika diperlukan oleh kerajaan Indonesia, dalam semangat perpaduan Asean. - Bernama

EmoticonEmoticon